Berita Semasa

KWSP dijangka umum dividen 2022 hujung minggu ini

CYBERJAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan agihan dividen 2022 pada hujung minggu ini.

Beberapa penganalisis sebelum ini menjangkakan dividen bagi 2022 adalah lebih rendah berbanding tahun 2021, namun kekal kompetitif berdasarkan situasi pasaran pelaburan amat mencabar tahun lalu.

Jangkaan itu diramalkan berdasarkan saiz dana yang semakin mengecil disebabkan oleh beberapa siri pengeluaran khas ketika pandemik Covid-19.

KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM39.31 bilion bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2022, merosot 18 peratus atau RM8.71 bilion, berbanding RM48.02 bilion dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2021.

Untuk rekod, bagi 2021, kadar dividen Simpanan Konvensional adalah sebanyak 6.10 peratus dengan jumlah agihan sebanyak RM50.45 bilion, manakala 5.65 peratus untuk Simpanan Shariah dengan agihan berjumlah RM6.27 bilion.

Sehingga suku keempat 2022, KWSP mempunyai 15 juta ahli di mana lapan juta adalah pencarum aktif.

Show More

Related Articles

Back to top button