Berita Semasa

Isteri kepada pendakwah terkenal Farid Ravi meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Isteri kepada pendakwah terkenal, Datuk Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, Suziana Mohd Soyong meninggal dunia petang tadi di Hospital Serdang di sini.

Berita sedih itu disampaikan sendiri oleh Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) itu dalam laman media sosialnya.

“Yang Kekal Hanyalah Allah. Dukacita dimaklumkan bahawa isteri saya Datin Hajah Suziana Mohd Soyong telah kembali kepada penciptanya tarikh 27/2/2023 jam 5.40pm di Hospital Serdang, kepada semua yg mengenali isteri saya mohon doakan kebaikan dan keampunan untuk almarhumah.

“Juga mohon dimaafkan salah dan silap al-Marhumah sekiranya ada berhutang mohon dihalalkan atau tuntutlah hutang almarhumah darip ada saya. Doa saudara dan saudari saya dahului dengan ucapan jazakumullah khairan kathira,” katanya.

Menurut Farid Ravi,solat jenazah Allahyarham akan diadakan selepas solat Isyak di Masjid Bandar Seri Masjid Bandar Seri Putra, Bangi.

“Perginya insan yang paling mengenali saya dan banyak jasanya, abang doakan agar ummi ditempatkan bersama para solihin. Semoga abah kuat jaga hadiah ummi 6 orang dengan baik. Tenanglah ummi di sana,” tulisnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button