
Perikatan Nasional hantar delegasi bantuan ke Turkiye awal Mac depan
KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memaklumkan sudah bertemu dengan wakil Perikatan Nasional (PN) bagi membincangkan delegasi bantuan yang akan ke Turkiye pada 2 hingga 7 Mac depan.
Menurut Dr Zambry, pertemuan dengan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman telah diadakan petang semalam sebelum sesi pembentangan Belanjawan 2023.
Katanya, pihak Kementerian Luar sentiasa terbuka dan komited untuk mengkoordinasi mana-mana pihak yang mahu menyalurkan misi bantuan ke Turkiye dan Syria.
“Kedua-duanya hadir bagi membincangkan perihal delegasi bantuan daripada Perikatan Nasional yang akan ke Turkiye pada 2 hingga 7 Mac untuk tujuan misi kemanusiaan mangsa gempa bumi.
“Kami di pihak Kementerian Luar sentiasa terbuka dan komited untuk mengkoordinasi mana-mana pihak yang mahu menyalurkan misi bantuan ke Turkiye dan Syria,” katanya dalam kenyataan itu.
Mengulas lanjut, Zambry berkata, beliau juga telah mengarahkan pihak Malawakil di Istanbul dan Ankara untuk memberi bantuan kepada delegasi PN yang akan ke Turkiye.
“Pada masa yang sama, saya juga telah mengarahkan pihak Malawakil di Istanbul dan Ankara untuk memberi bantuan kepada delegasi ini di sana nanti,” ujarnya lagi.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune