Berita Semasa

Akademi Todak anjur Bengkel Animasi 3D sempena cuti sekolah

KUALA LUMPUR – Akademi Todak kini sedang menganjurkan lima siri Bengkel  Animasi 3D pada musim cuti sekolah ini dengan potongan harga sebanyak 50 peratus.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Todak, Taufik Rizal, bengkel berkenaan akan memberi pelajar keupayaan dan merasai sendiri proses penghasilan animasi 3D.

Katanya, proses pembelajaran yang akan diketengahkan dalam bengkel berkenaan akan memberi keseronokkan dan mudah difahami oleh peserta.

“Peserta akan dapat menggunakan komputer berprestasi tinggi (high specs)  bagi melakukan kerja-kerja proses penyuntingan dengan pantas.

“Selain itu, peserta juga akan memahami proses untuk pembengtangan multimedia di tempat kerja atau di sekolah di samping membuka peluang pekerjaan dalam industri animasi 3D.

Untuk rekod, Akademi Todak telah membuka cawangannya yang ke-2 di Pusat Beli Belah Mara Digital (Mara Digital Mall) pada Januari lalu.

Terdapat pelbagai program yang ditawarkan bukan sahaja bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) malah terdapat juga program untuk golongan dewasa.

Show More

Related Articles

Back to top button