Berita SemasaPM X

Kerajaan komited kurangkan hutang negara

KUALA LUMPUR – Kerajaan terus komited mengurangkan hutang negara dengan mengunjurkan defisit fiskal berada pada paras lima peratus bagi 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, unjuran itu adalah lebih baik berbanding unjuran rasmi 5.5 peratus yang diumumkan pada Oktober 2022.

Katanya, kerajaan bertekad untuk mencapai tahap defisit fiskal yang mampan dalam jangka masa sederhana, dan menyasarkan untuk mencapai defisit fiskal 3.2 peratus menjelang 2025.

Dalam pada itu Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, cukai keuntungan modal akan mula dilaksanakan mulai tahun depan membabitkan pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat.

Jelasnya, kerajaan akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkaitan untuk meneliti perincian pelaksanaannya untuk 2024.

“Selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai 2024.

“Ini juga menyentuh kepentingan golongan kaya dalam kategori saham yang tidak disenaraikan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button