Berita SemasaPM X

Bakar Al-Quran: Malaysia akan edar 20,000 naskah kitab suci itu ke Sweden

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan mencetak sebanyak sejuta naskah Al-Quran dan mengedar sebanyak 20,000 naskah kitab suci itu ke seluruh Sweden sebagai simbolik terhadap jawapan terhadap kejadian pembakaran kitab suci Al-Quran di negara itu baru-baru ini.

“Pada 27 Januari yang lalu, saya telah umumkan bahawa kita akan mencetak sebanyak sejuta naskah Al-Quran sebagai simbolik penuh hikmah dan matang bagi menjawab serangan purbasangka terhadap Islam seperti kejadian pembakaran kitab suci Al-Quran di Sweden baru-baru ini.

“Untuk tujuan ini, RM10 juta akan disumbangkan kepada Yayasan Restu bagi pengedaran segera cetakan 20,000 naskah

terjemahan Al-Quran dalam bahasa Sweden serta bahasa asing utama dunia,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button