Berita Semasa

TH disaran perkenal 4 pakej haji, lebih singkat

BANGI – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu kerajaan melalui Tabung Haji mengkaji semula tempoh mengerjakan haji bagi mengurangkan kos ibadah tersebut.

Beliau berkata, tempoh 40 hari yang menjadi kebiasaan bagi para jemaah negara ini itu terlalu lama sehingga menjadi bebas kos sedangkan ia boleh disingkatkan lagi.

Justeru beliau mencadangkan supaya Tabung Haji memperkenalkan pakej mengikut tempoh iaitu selama 14 hari, 21 hari, 30 hari dan 40 hari.

“Yang membimbangkan kita adalah mungkin suatu hari nanti golongan B40 dan M40 tidak mampu menunaikan haji kerana kos yang semakin meningkat.

“Justeru itu saya mencadangkan supayaTabung Haji mengkaji semula tempoh berada di tanah suci untuk mengerjakan haji kerana jangka masa yang panjang akan melibatkan kos yang tinggi,” katanya pada sidang Penggal Kedua Parlimen ke 15 hari ini.

Lembaga Tabung Haji (LTH) sebelum ini menganggarkan peningkatan kos haji daripada RM25,540 pada tahun 2022 meningkat kepada RM31,870 pada tahun ini.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, usaha memendekkan tempoh itu bukan sahaja menjimatkan kos tetapi dapat menarik minat lebih ramai untuk menunaikan rukun Islam kelima itu kerana ramai yang terikat dengan kerja dan perniagaan.

Show More

Related Articles

Back to top button