Berita Semasa

‘Saya sudah beri keterangan kepada SPRM’ – Tengku Zafrul

CYBERJAYA – Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa), lewat petang semalam.

Bekas Menteri Kewangan itu turut berkata, beliau akan terus memberi kerjasama kepada mana-mana pihak berkuasa jika diperlukan.

“Saya ingin mengesahkan bahawa saya telah memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan Jana Wibawa kepada SPRM lewat petang semalam dan saya akan terus memberi kerjasama kepada mana-mana pihak berkuasa jika diperlukan. Terima Kasih,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Ahad lalu, Tengku Zafrul yang kini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menegaskan, tiada apa yang perlu disembunyikan berhubung isu dana Jana Wibawa yang membabitkan namanya dan beliau sentiasa bersedia untuk memberikan keterangan kepada SPRM jika diminta berbuat demikian.

Sebelum itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut tidak menolak kemungkinan mengambil keterangan Tengku Zafrul bagi membantu siasatan berhubung dana Jana Wibawa.

Show More

Related Articles

Back to top button