Politik

Projek Jana Wibawa: Muhyiddin sahkan dipanggil SPRM

BANGI – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan mengenai projek Jana Wibawa sebagaimana lapor media semalam.

Memetik laporan Berita Harian, bekas Perdana Menteri itu berkata, keterangan diberi adalah berkait penganugerahan kepada kontraktor dipilih bawah projek berkenaan, yang didakwa pihak tertentu bahawa berkemungkinan wujud tatacara perolehan yang tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Jelas Muhyiddin semasa ditemui media hari ini, agensi itu memaklumkan beliau dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan, bukan suspek yang dikaitkan untuk sebarang tindakan pendakwaan.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Kementerian Kewangan mengarahkan pelaksanaan projek Jana Wibawa ditangguhkan untuk meneliti semula sama ada tatacara perolehannya mengikut peraturan ditetapkan oleh perbendaharaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dipetik berkata, penangguhan projek bernilai RM5.7 bilion itu dibuat kerana terdapat unsur kaedah perolehan secara tender terpilih atau runding terus.

Show More

Related Articles

Back to top button