Berita Semasa

Pesawat TLDM siap sedia hantar bantuan ke Syria

CYBERJAYA – Dua pesawat Airbus A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diminta bersiap sedia untuk berlepas ke Syria bagi membawa bekalan kemanusiaan membantu mangsa gempa bumi ke negara itu, Sabtu ini.

Menurut Kementerian Luar, orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian dengan menghantar bekalan ke pusat pengumpulan di bawah seliaan Nadma dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) di alamat berikut:

Pusat Pengumpulan Nadma
Markas SMART, Nadma Malaysia
Jalan Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 9 malam
Nombor telefon: 0380642400

Pusat Pengumpulan PBSM
Lot PT54, Lengkok Belfield off Jalan Wisma Putra, Kg Attap, 50460 Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang
No telefon: 03-21428122

Sementara itu, orang ramai yang ingin melakukan sumbangan tunai boleh melakukannya menerusi Tabung Bencana Kementerian Luar Negara (TBKLN):

Nama Akaun: Tabung Bencana Kementerian Luar Negara
Bank: Bank Affin Islamic, Cawangan Putrajaya
Nombor akaun: 1054 9000 0599

“Sebarang soalan mengenai TBKLN boleh diajukan menerusi emel. Semua sumbangan boleh dikecualikan cukai di bawah Perkara 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967,” kata kenyataan itu lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button