Politik

PH Negeri Sembilan sokong tiada persaingan kerusi dalam PRN

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menyokong tiada persaingan kerusi antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu menunjukkan kesepakatan telah terbentuk di antara mereka.

“Saya akan dapatkan maklumat lanjut daripada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berhubung perkara itu pada Konvensyen DAP negeri yang dijadualkan Ahad ini,” katanya kepada media, hari ini.

Beliau yang merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan bagaimanapun berkata,, soal pembahagian kerusi di antara PH dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan untuk menghadapi PRN akan dibincangkan kemudian.

Amiruddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anthony yang sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, parti dalam Kerajaan Perpaduan mencapai kesepakatan untuk tidak saling bersaing dalam PRN di enam negeri.

Anthony berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat sekretariat Kerajaan Perpaduan yang pertama yang dihadiri pemimpin PH dan Barisan Nasional yang diadakan di ibu pejabat UMNO.

Untuk rekod, daripada 36 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan, 20 kerusi telah dimenangi oleh PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 manakala 16 lagi kerusi dimenangi oleh BN.

Show More

Related Articles

Back to top button