Jenayah & Mahkamah

Insiden tikam di hospital, PDRM buka kertas siasatan

CYBERJAYA – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang pesakit mental menikam seorang pesakit lelaki di Hospital Selayang semalam.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S.Sasikala Devi berkata, saksi kejadian memaklumkan melihat mangsa terduduk di lantai di zon kuning hospital berkenaan selepas suspek yang berusia 22 tahun itu menikam di bahagian pinggang sebelah kanan menggunakan pisau pada 3.45 petang semalam.

“Akibat daripada serangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan pada abdomen kiri dan kanan serta di bahagian belakang badan.

“Keadaan mangsa stabil setelah menjalani pembedahan.

“Satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, suspek telah diberi rawatan dan ditempatkan di Wad Psikiatri Hospital Selayang dan punca suspek bertindak menyerang mangsa masih dalam siasatan.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button