Berita Semasa

Guru diberi autonomi rekod PBD secara talian atau guna SPPB

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) membuat keputusan untuk memberi autonomi kepada guru untuk memilih sama ada untuk merekod dan melaporkan tahap penguasaan pentaksiran bilik darjah (PBD) secara luar talian atau menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) secara hibrid.

Menurut KPM dalam satu kenyataan, pihaknya amat prihatin akan isu yang dihadapi oleh para guru untuk merekod dan melaporkan tahap PBD murid bagi sesi akademik tahun 2022/2023 dalam sistem tersebut.

“Templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik tahun 2022/2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif. KPM komited mengurangkan beban tugas guru dan memastikan kebajikan guru terpelihara,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button