Berita Semasa

Isu Pandora Papers: SPRM ambil keterangan bekas Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil seorang bekas Menteri Kewangan dan beberapa individu kenamaan semalam berhubung ‘Pandora Papers’ yang mendedahkan mengenai penyimpanan harta luar biasa di luar negara.

Menurut laporan Berita Harian, siasatan ketika ini adalah menjurus kepada kekayaan luar biasa yang dimiliki beberapa individu dan kaitan dengan syarikat luar pesisir di luar negara.

SPRM juga menyiasat, adakah terdapat hubung kait kewangan yang dimilik hasil daripada tender dan projek kerajaan.

Malah ramai lagi individu termasuk bekas menteri dan keluarga yang mempunyai kaitan dengan dakwaan ‘Pandora Papers’.

Terdahulu, usul membahaskan pendedahan ‘Pandora Papers’ pernah disuarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang namun ditolak Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan ketika itu.

Katanya, ia wajar dibahaskan segera kerana ia bukan saja membabitkan Pandora Papers, tetapi juga laporan Global Financial Integrity 2012 serta pendedahan Panama Papers pada 2015.

Dalam pendedahan tersebut kira-kira 12 individu Malaysia termasuk empat ahli politik di antara puluhan ketua negara, kerajaan dan pemerintah dari serata dunia yang didapati menggunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir bagi menyembunyikan aset bernilai ratusan juta dolar, sepanjang 25 tahun lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button