Berita Semasa

Menu Rahmah: Tempoh pelaksanaan bergantung kepada peniaga

KUALA LUMPUR – Tempoh pelaksanaan Menu Rahmah oleh pengusaha makanan seluruh Malaysia adalah bergantung kepada ketetapan mereka jelas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menurutnya, apa yang menjadi fokus Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ketika ini adalah, untuk memastikan tiada rakyat yang kelaparan.

“Kita tidak mengambil itu sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) kita apa yang penting di saat ini pihak kerajaan khusunya KPDN akan mengambil satu pendekatan tiada rakyat Malaysia yang boleh lapar.

“Selagi mana kebajikan ini dianggap oleh pemain industri suatu yang mereka akan diteruskan sepanjang itulah Menu Rahmah ini akan diberikan kepada kita”, jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan inisiatif Menu Rahmah di Kedai Nasi Kandar Stadium Cheras, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini, pihak KPDNKSH tidak menetapkan sebarang undang-undang bagi Menu Rahmah kerana usaha tersebut boleh dilakukan oleh semua pengusaha makanan secara sukarela.

“Kita tiada buat apa apa undang-undang dalam inisiatif ini dan untuk masa ini tiada paksaan mereka bebas untuk menyertai secara sukarela.

“Kita (KPDN) tidak guna 1 sen duit kerajaan dan selepas ini diharapkan akan ada lebih banyak libat urus dalam kalangan pemain industri untuk kita ajak mereka membantu mengurangkan kos sara hidup,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button