Berita Semasa

Isu perkauman dan pertikaian agama tiada tempat dalam sukan

CYBERJAYA – Sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau amat tidak bersetuju dan mengecam ucapan perkauman dan pertikaian agama seperti yang dibangkitkan seorang bekas pemain pelapis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di media sosial baru-baru ini.

“Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia,” katanya di akaun Twitter miliknya, hari ini.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik.

“Semua atlet negara merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing,” katanya lagi.

Terdahulu, bekas pemain tersebut dalam satu video yang menjadi tular mendakwa bahawa prestasi pemain negara merudum pada Terbuka Malaysia 2023 kerana BAM diuruskan oleh orang Melayu selain menyentuh sensitivi umat Islam.

Show More

Related Articles

Back to top button