Luar Negara

Angka korban gempa bumi Turkiye, Syria cecah 21,000

ANKARA – Jumlah mangsa terkorban dalam kejadian gempa bumi kuat yang melanda Turkiye dan Syria kini sudah melebih 21,000.

Angka tersebut berdasarkan laporan daripada pihak berkuasa dari kedua-dua negara selepas operasi mencari dan menyelamat yang kini masuk hari ke empat.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye, jumlah mangsa yang terkorban di negara itu mencecah 17,600 dengan 72,800 orang cedera.

Di Syria pula, jumlah kematian dilaporkan sebanyak 3,377 orang manakala jumlah mangsa yang tercedera di semua wilayah terjejas meningkat kepada 5,245 orang.

Gempa bumi sekuat 8.7 Skala Richter melanda selatan Turkiye dan beberapa wilayah di bahagian utara persempadanan Syria dan Lebanon.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button