Berita Semasa

Pasukan kedua SMART berlepas ke Turkiye malam ini

CYBERJAYA – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang tiba di Turkiye semalam, dipecahkan kepada beberapa unit pasukan kecil bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pelbagai lokasi berbeza.

Menurut laporan harian Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) Turkiye yang dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebentar tadi, pasukan tersebut yang dinamakan sebagai MAS-01 dipecahkan kepada kumpulan kecil.

Kata Nadma, tindakan itu diambil mengikut objektif dan keperluan yang berbeza di pelbagai lokasi di Gaziantep, Adana dan Istanbul.

Sementara itu, pasukan kedua SMART dengan kekuatan seramai 70 anggota akan berlepas ke Turkiye malam ini.

Pasukan tersebut yang dinamakan sebagai MAS-10 dianggotai 20 anggota pasukan SMART, Nadma, 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 20 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Ketua Pengarah Nadma telah menetapkan agar Komander SMART, Nadma bertindak sebagal Komander Operasi bagi kedua-dua Pasukan MAS-01 dan MAS-10,” katanya

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button