Jenayah & Mahkamah

Enam maut nahas van persiaran di Genting Highlands

KUANTAN – Enam maut manakala sembilan lagi dilaporkan cedera dalam satu kemalangan melibatkan van persiaran yang terbabas di Kilometer 4.8, jalan turun dari Genting Highlands, dekat sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dalam kejadian 1.15 petang itu, van persiaran jenis Nissan Urvan itu membawa 13 wanita dan dua lelaki.

“Mangsa yang meninggal dunia merupakan lima wanita dan seorang lelaki yang merupakan pemandu van telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Zulfadli berkata, pasukan bomba terpaksa menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa tersepit dan menghantarnya mangsa cedera ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button