Jenayah & Mahkamah

Perbicaraan kes gangguan seksual babitkan Ebit Lew disambung hari ini

TENOM – Perbicaraan membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew bagi kes gangguan seksual disambung di Mahkamah Majistret Tenom, hari ini.

Ebit Lew,37, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, dilihat memakai  pakaian serba hitam dan berkopiah putih tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.10 pagi dengan menaiki kereta pacuan empat roda berwarna hitam.

Perbicaraan kali ini berlangsung bermula 7 sehingga 10 Februari depan.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Prosiding sebelum ini berlangsung selama tiga hari pada 20 hingga 22 Disember tahun lalu.

Seramai lima saksi termasuk pendakwah bebas, Firdaus Wong sudah dipanggil memberi kesaksaian dalam prosiding sebelum ini.

Terdahulu, Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Ebit dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button