Jenayah & Mahkamah

Tempoh reman lapan anggota polis dilanjut tujuh hari lagi

TAWAU – Mahkamah hari ini ini membenarkan tempoh reman lapan anggota polis termasuk empat pegawai kanan yang disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang pemandu e-hailing di sebuah ladang sawit di sini pada 13 Jan lepas, dilanjutkan tujuh hari lagi.

Majistret Dzul Elmy Yunus membenarkan permohonan lanjutan reman oleh polis pada prosiding di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, di sini hari ini.

Sebelum ini, mereka direman selama tujuh hari yang berakhir hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah dilapor sebagai berkata, kes bunuh itu bermotifkan cemburu dan lebih bersifat peribadi serta tidak melibatkan isu keselamatan di Sabah.

Pada 30 Jan lepas, seorang penganggur, Nurima Juli, 33, didakwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5, di sini antara 7.30 hingga 9 malam, 13 Jan lepas.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button