Politik

Akaun Bersatu dibekukan – SPRM

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membekukan akaun-akaun milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, akaun terbabit dibekukan bagi membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.

Katanya, siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Pengesahan itu diberikan selepas parti terbabit mendedahkan akaun mereka untuk tahun 2020 dan 2021.

Pembekuan akaun berkenaan disahkan oleh salah seorang anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman.

Semalam, bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad menyiarkan penyata akaun Bersatu bagi tahun 2020 dan 2021 yang telah diaudit dan menyeru Parti Keadilan Rakyat dan DAP melakukan perkara sama.

Difahamkan, pembekuan akaun Bersatu itu berkaitan dengan siasatan dakwaan penyelewengan berbilion ringgit untuk pakej rangsangan Covid-19.

Namun, sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan berlakunya penyelewengan dana RM92.5 bilion ketika pentadbirannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button