Berita Semasa

KPT kaji, semak semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional mempunyai masa selama tiga bulan untuk mengemukakan dapatan mereka.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi memastikan pelan serta dasar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berpaksikan realiti semasa dan merangkumi cabaran dan tuntutan baharu.

“Beberapa pelarasan dasar harus dilaksanakan. Apatah lagi bila aspirasi nasional bukan sesuatu yang pegun. Ia menuntut perubahan dalam cara bekerja, berfikir dan bertindak.

“Jadi amat penting untuk dasar kita juga berubah. Yang lapuk kita tinggalkan, yang baharu kita terokai dan jayakan. Yang silap kita perbaiki, yang salah kita hindari,” kata Mohamed Khaled ketika berucap pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023, di sini hari ini.

Menyifatkan dapatan serta saranan daripada jawatankuasa terbabit sebagai sangat kritikal kepada KPT, beliau berkata ia disebabkan landskap pendidikan nasional ketika ini semakin pelbagai sehingga memerlukan kekemasan kedudukan dan peranan semua pihak.

Related Articles

“Pendidikan tinggi hari ini jauh lebih kompleks, rumit dan mencabar. Kita memerlukan pelan dan strategi yang lebih sofistikated, lestari serta kontemporari yang akan menterjemahkan aspirasi nasional,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button