Berita Semasa

Gopal Sri Ram meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara hari ini pada usia 79 tahun.

Mendiang yang juga Timbalan Pendakwa Raya Kanan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebelum ini dimasukkkan ke hospital dua minggu lalu dipercayai kerana jangkitan paru-paru, lapor Astro Awani.

Sri Ram, 79 tahun merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mendiang juga merupakan pendakwa utama bagi perbicaraan rasuah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta.

Pada 23 November tahun lalu, ketika prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB, pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pemeriksaan utama membabitkan saksi utama kes akan dikendalikan oleh Sri Ram.

Selepas mendapat pendidikan awal di Victoria Institution, di Kuala Lumpur, Sri Ram melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan dan berkelayakan sebagai peguam di Lincoln’s Inn, London.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button