Politik

H2O anggap penggantungan keahlian permulaan baharu

BANGI – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan penggantungan keahlian UMNO yang dikenakan terhadapnya adalah satu ‘permulaan’ yang baru.

Bekas Naib Presiden UMNO itu juga menegaskan bahawa tindakan yang diputuskan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu bukan satu pengakhiran kepada perjuangan politiknya.

“Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sudah memutuskan untuk menggantung keahlian saya dalam parti selama enam tahun.

“Apa yang berlaku tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk cekal berjuang demi agama bangsa dan tanah air.

“Ini bukanlah pengakhiran tapi hanya satu permulaan. Permulaan yang baharu,” katanya dalam satu video yang dikongsi di Facebook beliau, malam ini.

Dalam pengumuman MKT malam tadi, beberapa ahli termasuk pemimpin UMNO dipecat dan digantung keahlian.

Antara yang dipecat adalah Ketua UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO negeri Pahang.

Sementara itu Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan antara yang digantung keahliannya

Mengulas mengenai langkah seterusnya, Hishamuddin berkata beliau akan berbincang dengan kepimpinan UMNO Sembrong mengenai hala tuju dan tindakan seterusnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button