Berita Semasa

Bekas ADUN Meru, Dr Rani Osman meninggal dunia, rebah ketika mahu menunaikan solat tahajud

KLANG – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, Dr. Abd Rani Osman meninggal dunia pagi tadi.

Difahamkan, Allahyarham, 64, rebah selepas mengambil wuduk untuk menunaikan solat tahajud pada pukul 5 pagi tadi.

Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Banting untuk rawatan kecemasan.

Sementara itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang merakamkan ucapkan takziah buat seluruh keluarga almarhum.

“Mendapat perkhabaran berita sedih awal pagi ini, Dr. Abd Rani Osman telah kembali ke rahmatullah.

“Beliau merupakan mantan Pesuruhjaya Pas Selangor dan mantan ADUN Meru serta aktif bersama Lajnah Kebajikan PAS Kapar dalam menjalankan khidmat kebajikan perubatan kepada penduduk Kapar.

“Takziah saya ucapkan buat seluruh keluarga almarhum. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button