Jenayah & Mahkamah

Nenek 91 tahun maut disamun

JASIN – Seorang wanita warga emas ditemukan mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kilometer 16 Kampung Pulai Darat, Merlimau, Jasin, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman berkata, mangsa, Misah Md. Amin, 91, ditemui terbaring di bahagian dapur rumah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Polis menerima maklumat kejadian daripada orang awam pada pukul 3.54 pagi yang memaklumkan ada kejadian samun sehingga menyebabkan kematian di sebuah rumah.

“Sebaik sampai di lokasi, mangsa yang tinggal seorang diri didapati telah pun meninggal dunia dan mayatnya kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya kepada media.

Menurutnya, bertindak atas maklumat awam, seorang suspek berusia 20 tahun berjaya diberkas di kawasan berhampiran pada jam 8 pagi.

Tambahnya, suspek merupakan penganggur dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau termasuk kes samun di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya lapor Sinar Harian.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button