Jenayah & Mahkamah

Polis tidak tolak kejadian wang BAP lesap ada penglibatan ‘orang dalam’

SUNGAI BULOH – Polis tidak menolak kemungkinan wujud elemen ‘orang dalam’ dalam kes kehilangan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM109,000 yang dikeluarkan oleh guru besar sebuah sekolah di Beranang, Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk S Sasikala Devi berkata, siasatan mengenai kejadian itu telah dijalankan secara teliti termasuk mengambil keterangan daripada tiga individu.

Mereka adalah dua guru termasuk guru besar sekolah berkenaan dan seorang pekerja restoran.

“Polis menjalankan siasatan secara teliti dan menyeluruh termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) namun masih tiada petanda positif.

“Polis juga akan mengambil kira kemungkinan wujud elemen ‘orang dalam’.

“Pada masa sama polis akan memanggil pihak bank untuk membantu siasatan dalam kes ini,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Dalam kejadian Isnin lalu, wang BAP yang dikeluarkan oleh seorang guru besar sebuah sekolah rendah lesap selepas kereta dipandu guru berkenaan dipecah masuk.

Kejadian berlaku ketika guru berusia 50 tahun berkenaan singgah membeli minuman selepas membuat pengeluaran wang tunai di sebuah bank di Kampung Baru, Semenyih.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button