Jenayah & Mahkamah

Mayat manusia dikerat enam disahkan warga asing

SUNGAI BULOH – Polis mengesahkan mayat manusia dikerat kepada enam bahagian yang ditemukan di tepi Lebuh Raya Utara Selatan semalam adalah seorang lelaki warga asing.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya telah turut merakam percakapan daripada seorang saksi.

“Hasil bedah siasat ke atas simati, disahkan mangsa merupakan seorang lelaki bukan warganegara Malaysia dan dipercayai bukan Islam.

“Setakat ini hanya merakam percakapan daripada satu saksi berkaitan kes bunuh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas berkenaan siasatan kes tersebut.

Beliau menambah, punca kematian mangsa adalah akibat pelbagai kecederaan menggunakan senjata tajam dan tumpul yang dikesan pada anggota badannya.

“Namun, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti indentiti sebenar simati,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahannya.

Semalam, orang awam menemukan mayat mangsa dengan badannya dikerat kepada enam bahagian ditinggalkan dalam sebuah bagasi pakaian di tepi lebuhraya.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button