Berita SemasaHiburan

Puteri Sarah mahu saman Ira Kazar RM10 juta selepas failkan cerai

KUALA LUMPUR – Puteri Sarah, isteri kepada pengarah popular, Syamsul Yusof memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah di sini hari ini.

Tuntutan itu dibuat selepas Puteri Sarah memutuskan untuk tidak bermadu selepas Syamsul mengaku bernikah dengan Ira Kazar di Thailand baru-baru ini.

Puteri Sarah tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 10.30 pagi ini dengan berpakaian jubah hitam ditemani adiknya.

Bagi kes itu, Mahkamah menetapkan tarikh sebutan pertama pada 7 Mac.

Sementara itu Peguam Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, selepas menfailkan saman, tindakan susulan daripada anak guamnya adalah saman injuksi terhadap keluarga Kazar Saisi kerana melanggar perintah mahkamah.

Akberdin berkata, isteri kedua Syamsul serta keluarganya telah melanggar perintah injuksi mahkamah apabila memuat naik kenyataan berkaitan Puteri Sarah.

“Kita akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, ayahnya dan kakaknya kerana terang-terangan telah melanggar perintah mahkamah sivil tempoh hari,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tindakan saman itu kemudian diulangi Puteri Sarah dalam satu hantaran di Instagramnya berbunyi:

“Baru bercakap dengan peguam saya dan dimaklumkan, isteri baharu kamu telah melanggar perintah injuksi mahkamah.

“Jadi, bolehlah saya saman RM10 juta juga kan? See you in court,” katanya.

Puteri Sarah pada Khamis lalu mengumumkan akan menfailkan perceraian dengan Syamsul selepas 9 tahun mendirikan rumahtangga.

Krisis rumah tangga mereka mula mendapat perhatian apabila Syamsul menjalinkan hubungan dengan Ira Kazar yang baru-baru ini mengumumkan perkahwinan mereka di Thailand diwalikan bapa Ira yang juga pelakon popular, Kazar Saisi.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Julai tahun lalu mengarahkan Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghira Fatini membela diri dan memberi perintah injuksi ex-parte yang memerintahkan defenda berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar kenyataan atau apa sahaja berbentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga perbicaraan penuh.

Show More

Related Articles

Back to top button