Berita Semasa

Dua topik penting isi SPK 2022 – LHDN

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN memaklumkan dua topik penting akan mengisi Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2022 yang akan diadakan pada 7 dan 8 Mac nanti.

Dua topik tersebut – Cadangan Bajet 2023 dan Tadbir Urus Percukaian Korporat: Perspektif LHDN – akan akan dikupas oleh para penceramah berpengalaman yang terdiri daripada pegawai- pegawai kanan LHDN dan juga ahli panel profesional yang mewakili pengamal percukaian.

SPK 2022 yang sepatutnya berlangsung pada bulan Oktober tahun lalu terpaksa ditangguhkan berikutan keputusan kerajaan untuk membentangkan semula Bajet 2023.

“Bagi peserta yang telah mendaftar bagi menyertai sesi pada Oktober laku, nama mereka secara automatik telah didaftarkan sebagai peserta pada bulan Mac nanti,” kata LHDM dalam satu kenyataan hari ini.

“Bagi peserta yang ingin membuat pertukaran sesi seminar, pindaan turut boleh dibuat mulai 16 Jan melalui Portal Pendaftaran Seminar.

“(Bagaimanapun) Hanya peserta yang telah membuat bayaran penuh yuran penyertaan dibenarkan untuk membuat pindaan sesi,” kata LHDN lagi.

LHDN seterusnya memaklumkan, bagi peserta yang sudah berdaftar tetapi masih belum melakukan pembayaran dan ingin mengesahkan penyertaan, boleh melakukannya di Portal Pendaftaran Seminar tersebut.

Maklumat lanjut berkenaan seminar ini boleh diperoleh dengan menghubungi pihak Urus Setia SPK 2022 (Bajet 2023) melalui e-mel spkhasil@hasil.gov.my

Seminar ini terbuka bagi orang ramai khususnya pengamal percukaian, badan perakaunan dan profesional serta pembayar cukai bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan dengan pindaan semua Akta yang ditadbir oleh LHDN lanjutan pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan pada 24 Feb nanti.

Show More

Related Articles

Back to top button