Berita Semasa
Ramesh Rao meninggal dunia
CYBERJAYA – Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao dilaporkan meninggal dunia, pagi tadi.
Mendiang yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia, difahamkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Sebelum menyertai Barisan Nasional (BN), mendiang pernah bergiat dalam politik bersama DAP.
Mendiang amat dikenali kerana aktif memperjuangkan kebajikan masyarakat di negara ini terutamanya kaum India.