Politik

PKR lancar Konvensyen Pilihan Raya Negeri di lima negeri

KUALA LUMPUR – PKR melancarkan Konvensyen Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai platform kempen politiknya di lima lokasi bermula hari ini.

Timbalan Presiden Keadilan, Rafizi Ramli berkata, dua konvensyen bermula hari ini iaitu di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang (Sungai Petani), di Negeri Sembilan esok, Terengganu dan Kelantan (21 Januari)

Beliau berkata, program anjura Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat itu tidak akan menggunakan sumber kerajaan.

“Konvensyen itu hanya akan menggunakan platform parti dan tidak akan menggunakan sumber kerajaan.

“Jumpa saya di siri jelajah trak saya bermula Februari ini,” katanya melalui Twitter hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button