Politik

Pemilihan jawatan tertinggi UMNO sebelum 19 Mei ini

KUALA LUMPUR – Pemilihan semua jawatan tertinggi UMNO perlu dibuat sebelum 19 Mei depan, iaitu enam bulan selepas tarikh Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tempoh itu adalah tempoh yang ada dari tarikh PRU 15 susulan permohonan menangguhkan pemilihan selama enam bulan oleh parti itu.

Bagaimanapun, Ahmad Maslan berkata, tarikh khusus bagi pemilihan UMNO diadakan tidak akan dimuktamadkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 kali ini.

“Semua pemilihan perlu diselesaikan sebelum 19 Mei ini. Ini melibatkan pemilihan semua peringkat cawangan, bahagian serta Majlis Kerja Tertinggi termasuk exco Wanita, Pemuda dan Puteri,” katanya.

Beliau juga mengumumkan tidak menjemput parti-parti lain selain 10 parti komponen untuk memberi tumpuan kepada isu-isu dalaman.

Mengenai PAU kali ini, Ahmad Maslan berkata parti itu akan memberi tumpuan kepada beberapa perkara untuk terus melangkah ke depan dan menentukan hala tuju UMNO.

Katanya, kepimpinan parti akan menetapkan 4 fokus yang akan diberi penekanan kesan daripada kekalahan pada PRU15.

“Pertama adalah untuk kita pelajari kenapa kita menang dalam 7 PRK dan 2 PRN tetapi akhirnya tewas dalam PRU15.

“Kedua kita juga buka peluang untuk mendengar pandangan mengenai keadaa luar biasa itu,”

“Kemudian kita mahu susun dan rancang apa persediaan kita utk menghadapi PRN akan datang.

“Akhir sekali adalah mengenal pasti cara bagaimana untuk memenangi pilihanraya di 6 negeri yang dikuasai Perikatan Nasional,” katanya.

PAU 2022 yang bermula hari ini dijangka dihadiri kira-kira 3,000 perwakilan.

Sementara itu, sebanyak 77 agensi media cetak dan elektronik tempatan dan antarabangsa mula berkampung di WTC untuk liputan PAU 2022.

Show More

Related Articles

Back to top button