Politik

Lima ADUN Sabah sanggup dipecat UMNO demi prinsip

KOTA KINABALU – Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang enggan menyertai gerakan menggulingkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sanggup dipecat parti berkenaan.

Bahkan mereka juga sedia untuk menubuhkan parti baharu yang akan menyokong parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sekiranya disingkirkan dari UMNO Sabah.

Kelima-lima mereka adalah Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasni Daya (Pantai Dalit), JamesRatib (Sugut), Yusof Yacob (Sindumin) dan Arsad Bistari (Tempasuk).

Dalam satu temubual bersama Sabah Daily Express baru-baru ini, mereka menjelaskan tidak bersedia untuk menandatangani akuan berkanun bagi menarik balik sokongan kepada Hajiji.

Tindakan tersebut dikatakan adalah untuk memberi laluan kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal dilantik sebagai Ketua Menteri baharu.

“Tiada logik dalam langkah itu, jadi kami enggan menandatangainya.

“Sebab itu ‘Langkah Sutera’ pada Khamis lalu gagal apabila Shafie dan Bung Mohkhtar tidak hadir ke sidang media kerana bimbang tidak mendapat sokongan untuk bentuk kerajaan negeri baharu.

“Apabila langkah itu gagal, Bung pula yang dinamakan sebagai calon ketua menteri, bukan Shafie. Tapi kami kekal dengan prinsip kami untuk tidak menyokong,” katanya mereka.

Langkah Sutera digerakkan untuk menaikkan Shafie sebagai ketua menteri, manakala Bung sebagai timbalan, dan Salleh Said Keruak sebagai Menteri Kewangan Negeri itu.

Jumaat lalu, Bung mengumumkan bahawa Umno Sabah menarik balik sokongannya kepada Hajiji sebagai ketua menteri kerana melanggar syarat perjanjian politik antara mereka selepas pilihan raya negeri Sabah 2020.

Susulan itu, Hajiji semalam mengumumkan beliau mendapat sokongan 44 ADUN termasuk lima Adun UMNO yang menyertai gerakan menggulingkan beliau sebagai ketua menteri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button