Berita Semasa

Jepun sumbang empat LRAD kepada APMM

CYBERJAYA – Kerajaan Jepun menyumbang empat peranti akustik jarak jauh (LRAD) kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam menjamin keselamatan perairan Malaysia.

Peralatan yang didermakan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) tersebut akan digunakan bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan Malaysia sejurus ia selesai menjalani prosedur yang ditetapkan.

“Sebelum ini, Jepun melalui JICA telah menghantar pakar ke APMM untuk melaksanakan pelbagai projek kerjasama melibatkan teknikal dalam bidang penguatkuasaan undang-undang maritim, operasi mencari dan menyelamat dan sebagainya sejak penubuhan APMM pada 2005,” kata Kedutaan Jepun dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Jepun telah menyumbang dua kapal peronda besar, KM Arau dan KM Pekan ke Malaysia pada 2016 dan kedua-dua kapal itu telah memainkan peranan penting dalam melindungi perairan Malaysia sehingga hari ini, kata kenyataan itu lagi.

LRAD diklasifikasikan sebagai non-lethal weapon (senjata yang tidak membunuh) oleh kerana kemampuannya mengeluarkan bunyi yang amat kuat sehingga boleh mencederakan serta menyebabkan ketidakselesaan kepada mangsa yang disasarkan.

Di Amerika Syarikat, penggunaan alatan LRAD oleh agensi penguatkuasaan adalah agak meluas, walaupun pihak-pihak tertentu terutamanya aktitis sosial membantah penggunaannya terhadap mereka yang berhimpun secara aman.

Show More

Related Articles

Back to top button