Politik

PKR pecat Tian Chua, empat lagi

CYBERJAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara rasmi memecat Tian Chua ekoran tindakannya bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Laporan portal MalaysiaKini menyebut, keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Tan Yew Kew yang berkata keputusan itu dibuat ketika mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti pada Sabtu malam.

Tambahnya, selain Tian Chua, empat lagi anggota parti itu turut menerima nasib yang sama kerana bertanding pada PRU15 sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain.

“Ya, semalam MPP ada mesyuarat dan kami memutuskan untuk memecatnya secara rasmi.

“Semua dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain. Mereka yang akan dipecat kerana tindakan tatatertib lain akan diumumkan kemudian,” kata Yew Kew dalam lapiran tersebut.

Empat lagi anggota yang dipecat ialah Puah Chee Haur dari cabang PKR Parit Buntar, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali dari cabang Gopeng dan M. Mohganan dari cabang Taiping.

Pada PRU15 lalu, Puah dan Ahmad Tarmizi masing-masing bertanding di bawah tiket Warisan di Keranji dan Chenderiang manakala Mohganan bertanding di Taiping sebagai calon Bebas.

Sementara itu, Nur Khairunisa Abdullah dari cabang Sadong Jaya turut dipecat kerana bertanding di Sadong Jaya semasa Pilihan Raya Sarawak 2021.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button