Politik

Isu politik Sabah: Bersatu tunggu pengesahan RoS

KOTA KINABALU – Parti Bersatu masih menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung status Bersatu Sabah dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perkara ini susulan tindakan bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor keluar daripada Bersatu pada Disember tahun lalu.

Hamzah juga berkata, Bersatu Sabah masih lagi relevan di negeri itu berdasarkan keahlian parti, selain kini sedang menstruktur semula kepimpinan di peringkat negeri dan bahagian.

Ditanya adakah Bersatu masih menyokong Hajiji walaupun pemimpin berkenaan sudah tidak bersama parti itu, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkata perkara itu adalah hal dalaman antara Hajiji dan Bersatu.

“Itu masalah kami. Masalah dalaman,” katanya.

Hamzah berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan khas bersama kepimpinan Bersatu Sabah hari ini yang turut dihadiri Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee merangkap Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah.

Pada Disember tahun lepas, Hajiji yang juga Pengerusi GRS mengumumkan keluar Bersatu Sabah selepas mengambil pertimbangan landskap politik negara ketika ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button