Politik

MKT UMNO tolak rayuan Tajuddin

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini menolak rayuan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkaitan penggantungan keahliannya dari parti tersebut.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, mesyuarat yang sama turut membuat keputusan menggantung UMNO Bahagian Arau atas sebab disiplin.

Berkenaan Tajuddin, Isham berkata, keputusan tersebut dicapai selepas MKT berpandangan bahawa bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu melanggar disiplin yang terkandung dalam Perlembagaan UMNO.

“Tajuddin sebelum ini telah digantung, dan rayuan beliau telah ditolak. Penggantungan beliau berkuat kuasa hari ini,” kata Isham sejurus tamat mesyuarat tersebut di Menara Dato’ Onn di sini malam tadi.

Berkenaan bahagian Arau pula, Isham berkata, pihak parti akan melantik ketua pentadbir yang baharu dalam masa terdekat.

“Kita akan lantik akan ketua pentadbir secepat mungkin. Dalam bahagian Arau itu kita akan lantik ketua pentadbir dan mereka akan hadir sebagai pemerhati (pada Perhimpunan Agung UMNO 2022),” katanya.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button