Berita Semasa

Enam guru baharu SJKC Mun Choong mula bertugas hari ini

KUALA LUMPUR Seramai enam guru baharu telah memulakan tugas pada hari pertama sesi persekolahan 2023 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, di sini hari ini.

Guru-guru tersebut telah menggantikan enam guru dari sekolah berkenaan yang meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands pada 16 Disember lalu.

Menurut Alice,40, salah seorang ibu pelajar yang ditemui berkata, wakil guru meminta untuk semua warga sekolah bertafakur selama seminit bagi mendoakan rakan-rakan mereka yang maut dan terkesan dalam insiden tanah runtuh itu semasa perhimpunan pagi.

Katanya, wakil guru turut mengingatkan kesemua murid untuk melaporkan kepada guru bertugas sekiranya emosi mereka terganggu disebabkan kejadian malang tersebut.

“Sekiranya ada di antara kamu yang sedih boleh segera maklumkan kepada guru-guru untuk dapatkan bantuan,” katanya.

Tinjauan Malaysia Tribune di SJKC Mun Choong sejak pukul 7 pagi tadi mendapati, keadaan di sekolah terkawal dengan kehadiran murid dan guru melalui dua pintu utama sekolah.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Abdul Aziz Md Hashim, berkata, semua enam pengganti itu adalah guru baharu dan akan memulakan sesi persekolahan bagi 2023.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button