
Isu jurulatih tampar pemain, KPM akan berjumpa ibu bapa mangsa
CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan berjumpa dengan ibu bapa dua pemain pasukan bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang ditampar jurulatih, bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insiden itu.
Menurut KPM dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya ada laporan polis dibuat mengenainya.
“Pada masa yang sama, KPM juga akan meneruskan siasatan bagi tujuan tatatertib dan jika didapati bersalah, tindakan sewajarnya akan diambil. KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan,” kata kenyataan itu.
Semalam, satu video yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang dipercayai jurulatih pasukan bola tampar wanita menampar dua pemain pasukan itu menjdai tular di media sosial.
Sementara itu, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dalam satu kenyataan semalam melaporkan, jurulatih berkenaan telah digantung daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai.
MAVA melaporkan pihaknya juga telah menubuhkan sebuah badan siasatan bagi menyiasat kejadian dengan serta-merta, dan akan berhubung dengan pihak berkaitan bagi tujuan itu.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune