
Wanita hamil samun kedai emas kerana mengidam
AYER KEROH – Seorang wanita yang hamil tujuh bulan menggunakan alasan ‘mengidam’ dalam pertuduhan cuba merompak di sebuah kedai emas di sini minggu lalu.
Lebih mengejutkan, tertuduh, Norraniza Muhamad Puslam, 35, didapati adalah seorang eksekutif bahagian sumber manusia di sebuah syarikat swasta yang berpendapatan lumayan.
Mengikut pertuduhan, Norraniza yang menangis di kamar mahkamah didakwa cuba melakukan rompakan terhadap Nur Rabeatul Addawiyah Rasul, 16, kira-kira pukul 4.45 petang di sebuah kedai emas Daz Jewellery di pasar raya Mydin di sini, pada 20 Disember lalu.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Norraniza mendakwa melakukan perbuatan itu selepas didorong oleh perasaan mahu mencuba sesuatu yang ekstrem.
Kesalah itu didakwa mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Tertuduh diwakili peguam, Ilya Shahar yang merayu supaya jumlah jaminan RM15,000 diturunkan kerana anak guamnya sedang hamil tujuh bulan dan menanggung dua anak kecil, ibu bapa dan adik yang sedang belajar.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan dua penjamin.
Minggu lalu, sebuah video tular menunjukkan seorang wanita berjubah mengacukan sebilah pisau kepada pekerja kedai emas.
Tertuduh kemudian ditahan polis di Kampung Kuala Linggi, Alor Gajah.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune