Luar Negara

Pihak berkuasa Israel tahan lelaki disyaki dalang kejadian pengeboman berkembar

BAITULMAQDIS – Pihak berkuasa Israel menahan seorang lelaki Palestin kerana disyaki sebagai dalang satu serangan bom berkembar bulan lalu.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Islam Farouh, 26, dilaporkan sebagai penyerang tunggal pengikut fahaman Daesh.

Suspek ditahan enam hari selepas letupan pada 23 November lalu yang membunuh dua orang, kata polis dan agensi Shin Bet.

Dalam kejadian itu, letupan pertama berlaku di hentian bas sibuk di pintu keluar utama dari Baitulmaqdis ketika waktu puncak.

Letupan kedua berlaku 30 minit kemudian di sebuah hentian bas di penempatan di luar bandar itu.

Serangan itu susulan keganasan yang semakin meningkat di Tebing Barat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button