Politik

Pemilihan Presiden dan Timbalan: UMNO perlu perjuangkan prinsip demokrasi

CYBERJAYA – Sebagai sebuah parti tertua dalam sistem demokrasi negara, UMNO perlu menguruskan elemen demokrasi dengan memperjuangkan kepentingan prinsip yang diperjuangkan sejak sekian lama.

Penganalisis Dasar Politik Ekonomi dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md. Shukri Shuib (gambar) berkata, UMNO wajar mengetepikan “Pemilihan tanpa pengecualian” bagi menunjukkan betapa dokongan terhadap demokrasi tetap di pertahankan.

Beliau berkata, atas semangat menjujung amalan demokrasi yang dipelopori oleh UMNO sendiri sejak pembinaan negara pasca Merdeka, adalah wajar elemen demokrasi tetap di uruskan dengan baik oleh UMNO.

“Pemilihan UMNO penting bagi menunjukkan kepada umum bahawa UMNO sebuah perjuangan yang kekal releven dengan jiwa demokrasi atas dokongan agama, bangsa dan tanah air yang di dokong oleh parti itu.

“Pemimpin utama parti diyakini berjiwa besar dalam memastikan UMNO kekal kuat dan berbudaya demokratik dengan membenarkan pemilhan parti dijalankan tanpa prejudis, ia diyakini sedemikian atas asas personaliti pemimpin utama UMNO yang masih kekal relevan dalam suasana politik kini, khususnya pasca PRU 15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Md. Shukri berkata, tindakan melaksanakan Pemilihan UMNO adalah juga gambaran betapa UMNO menjunjung institusi Presiden dan Majlis Tertinggi dengan amalan demokrasi yang tulen dan jitu.
“Amalan demokrasi profesional patut menjadi landasan UMNO memperkukuhkan kedudukan parti itu sebagai KIng Maker dalam pembentukan blok kerajaan pasca PRU 15 yang lalu.

“Relevennya UMNO dengan pembinaan diri sebagai parti “bernilai tinggi” pasca PRU15 dalam pembentukan kerajaan wajar menjadikan UMNO lebih demokratik dan berjiwa hebat bagi memperkukuhkan kedudukan pemimpin utama parti yang tetap releven di akar umbi.

“UMNO harus amalkan demokrasi profesional dan mesra pemilihan, supaya parti itu kekal mendapat mandat segar dari semua peringkat dalam mendepani cabaran masa depan dalam konteks geopolitik semasa yang memerlukan keterbukaan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mengumumkan masih belum ada ketetapan dibuat MKT UMNO berhubung sama ada jawatan presiden dan timbalan presiden akan dipertandingkan pada pemilihan parti.

Umno bagaimanapun menafikan terdapat sebarang perbincangan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang, susulan penularan infografik berhubung perkara itu.

Ketua Umno Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan cadangan agar dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan sebagai “lapuk” dan menyekat amalan demokrasi yang sudah lama subur dalam UMNO.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button