Berita SemasaSukan

KBS dalam peringkat akhir muktamad garis panduan e-sukan – Adam

SEPANG – Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir untuk memuktamadkan garis panduan berkaitan pembangunan dan tata kelola sukan elektronik atau e-sport di negara ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli berkata, penetapan garis panduan itu sudah lama disiapkan dan sedang diperhalusi secara mendalam sebelum dimuktamadkan di peringkat kementerian.

“Garis panduan e-sukan ini sangat penting untuk kita menguruskan sukan itu secara lebih teratur agar terlindung.

“Ia juga merangkumi pengurusan data perlindungan membabitkan penggiat e-sport dan kos etika perlindungan sains e-sport agar diperluaskan dalam kalangan komuniti secara selamat.

“KBS akan mengumumkan garis panduan itu tanpa ia perlu dirujuk kepada mesyuarat Kabinet kerana ia adalah di bawah rancangan KBS,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette hari ini.

Beliau berkata demikian selepas hadir untuk flagg off an menyampaikan bendera Jalur Gemilang kepada pasukan muda e-sport HAQ dan Todak yang akan membawa cabaran negara ke kejuaraan e-sport dunia yang akan berlangsung bermula 1 Januari ini di Jakarta, Indonesia.

Tambah Adam, penyediaan garis panduan e-sukan akan membolehkan ia dimasukkan dalam senarai aktiviti sukan jadual 1 di bawah Jenis-Jenis Sukan di bawah Jadual 1Akta Pembangunan Sukan 1997 Pindaan 2004 dan ia akan menjadi agenda utama pada tahun 2023.

Malah, katanya, pihaknya juga mengadakan sesi libat urus dan perbincangan dengan pemegang taruh dan penggiat sukan elektronik dalam negara ini bagi mendapatkan input mereka untuk pembangunan sukan itu dan kajian selidik sedang dilaksanakan ketika ini.

Ujar beliau, seramai 10,000 pemegang taruh dilibatkan dalam kaji selidik itu yang sedang dilaksanakan oleh KBS.

“Garis panduan e-sukan ini sangat penting untuk memastikan sukan itu tidak terbantut dan mempunyai satu tatakelola yang teratur dan baik.

‘E-sport satu sukan yang tumbuh dengan begitu rancak dalam negara ini terhadap komuniti Malaysia dan garis panduan ini akan memastikan ia mempunyai organisasi yang tersusun ke arah pembangunan yang padu.

“Garis panduan berkenaan juga akan membantu golongan belia kita yang berkecimpung dalam sukan itu sekaligus menjadi mekanisme yang sangat efektif melindungi data penggiat sukan itu kelak selain boleh mengetahui cabaran-cabaran mendatang,” tegasnya

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button