BERITA SEMASA

200 sertai Persidangan Koperasi Antarabangsa, tekankan teknologi digital

PUTRAJAYA – Hampir 200 orang peserta dari pelbagai negara menyertai Persidangan Koperasi Antarabangsa 2024 (ICC 2024) yang dianjurkan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) bagi memacu kemajuan koperasi serta membangunkan sosio-ekonomi yang mampan, di sini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, persidangan itu disertai oleh peserta dari Korea, Thailand, Filipina, Australia, Brunei, Indonesia, India, Jepun dan Malaysia, untuk memberi penekanan teknologi digital dalam menghasilkan impak sosial, ekonomi dan alam sekitar yang signifikan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ramanan Ramakrishnan merasmikan Persidangan Koperasi Antarabangsa 2024 (ICC 2024) bertempat di The Everly Hotel Putrajaya hari ini. – Foto Najmi Zulkefle/Malaysia Tribune

“Dengan penyertaan antarabangsa, persidangan ini menawarkan peluang untuk jaringan, pertukaran ilmu dan kerjasama antara negara.

“Sehingga Disember 2023, Malaysia mempunyai 15,809 koperasi berdaftar dengan keahlian seramai 7.2 juta orang.

“Koperasi di Malaysia mencatat nilai saham sebanyak USD 3.7 bilion, aset bernilai USD 35.1 bilion dan perolehan tahunan sebanyak USD 13.7 bilion,” katanya dalam ucapan perasmian.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ramanan Ramakrishnan berucap pada Persidangan Koperasi Antarabangsa 2024 (ICC 2024) bertempat di The Everly Hotel Putrajaya hari ini. – Foto Najmi Zulkefle/Malaysia Tribune

Beliau menegaskan kepentingan teknologi dan inovasi dalam memacu perkembangan koperasi untuk pembangunan sosio-ekonomi yang mampan.

“Sejajar dengan landskap yang semakin berkembang, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah melancarkan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKOP2030) pada Julai 2023 lalu,” katanya.

Ramanan berkata, inisiatif itu untuk mempercepatkan transformasi digital dalam pergerakan koperasi.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ramanan Ramakrishnan menghadiri Persidangan Koperasi Antarabangsa 2024 (ICC 2024) bertempat di The Everly Hotel Putrajaya hari ini. – Foto Najmi Zulkefle/Malaysia Tribune

“Ia juga bertujuan membangunkan bakat digital yang kompeten dan mewujudkan ekosistem digital yang inklusif,” tambahnya.

Sementara itu, katanya dana teknologi yang dedikasi juga disediakan untuk menggalakkan koperasi menggunakan teknologi untuk meningkatkan amalan tadbir urus.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button