20 pegawai TUDM terlibat aktiviti tidak bermoral – Panglima
KUALA LUMPUR – Seramai 20 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didapati terlibat secara langsung dalam aktiviti tidak bermoral.
Menurut Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, ia berdasarkan siasatan awal yang dijalankan pihaknya.
Katanya, TUDM akan memastikan pelaku dibicara dan diadili menurut lunas dan peruntukan Perundangan ATM.
“Perlu ditegaskan, budaya tidak sihat tersebut bukanlah suatu amalan bagi TUDM.
“Pihak TUDM memandang serius sebarang perlanggaran terhadap Perintah, Direktif dan Peraturan serta tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya, pucuk pimpinan TUDM menzahirkan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku dan pihak yang gagal melaksanakan arahan juga akan diambil tindakan sewajarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








