17 penjawat awam antara 201 ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pusat spa disyaki galak aktiviti songsang
KUALA LUMPUR – Seramai 17 penjawat awam antara 201 individu ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pusat spa dan kesihatan yang disyaki menjadi tempat lelaki songsang berkumpul dan melakukan aktiviti tidak bermoral, di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Azani Omar berkata, premis itu dipercayai beroperasi setiap hari sejak lapan hingga 10 bulan lalu dan disyaki mempromosikan aktivitinya melalui media sosial.
“Pusat itu mengenakan caj RM35 bagi setiap kemasukan, dengan tambahan RM10 sebagai yuran pendaftaran untuk ahli baharu,” katanya.
Turut ditahan, 24 warga asing manakala selebihnya warga tempatan berusia antara 19 hingga 60 tahun.
Difahamkan, antara penjawat awam yang ditahan melibatkan doktor pakar, guru, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik serta pegawai agensi penguatkuasaan.
“Pihak polis turut merampas kondom dan beberapa barangan berkaitan aktiviti tidak bermoral,” katanya lagi.
Kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing dan siasatan lanjut.
Tambah Mohd. Azani, kes disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana persetubuhan luar tabii.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





